MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2016
PERSATUAN MASYARAKAT KAMPAR MALAYSIA
(IKMAL)
(No. Daftar: 0538-08-WKL)
(No. Daftar: 0538-08-WKL)
MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2016
Tarikh :
26 March 2017
Masa :
11:00 Pagi
Tempat :
Anjung D Tasek Biru, Kundang, Selangor
Kehadiran : 55 Orang (Lihat lampiran 1)
1.
PENDAHULUAN
Mesyuarat dimulai dengan Presiden meminta Bendahari Agung untuk membacakan
doa. supaya mendapat berkat dari illahi dan majlis berjalan lancar.
Presiden memulakan ucapan dengan ucapan terimakasih atas kehadiran
ahli-ahli pada mesyuarat kali ini terutama ahli-ahli yang baru mendaftar menyertai
IKMAL. Beliau menyatakan kepuasan hatinya atas pendaftaran ahli baru yang agak
menggalakkan pada pagi tersebut. Ia merupakan pendaftaran yang paling banyak
semenjak tahun 2012 semasa mesyuarat agung di Mentakab Pahang yang mana
tahun-tahun selepas itu menjadi malap. Beliau berharap momentum ini dapat
dipelihara hendaknya.
Presiden memaklumkan bahawa aktiviti IKMAL untuk tahun 2016 agak
berkurangan disebabkan kekangan masa, kesibukan para ahli dan yang paling utama
kerana masalah kewangan diakibatkan begitu besar yuran para ahli yang
tertangguh. Beliau menegaskan bahawa pada dasarnya sesuatu persatuan itu bergantung
kepada yuran para ahlinya untuk melakukan sebarang aktiviti, tanpanya persatuan
berkenaan mungkin lumpuh. Namun, atas inisiatif dan biaya masing-masing Ahli
Jawatankuasa (AJK), beberapa aktiviti penting khususnya undangan pihak luar,
dalam dan luar negeri tetap disertai. Ini akan dilaporkan di dalam laporan oleh
AJK tertentu nanti. Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para
AJK yang tidak bosan menyumbang untuk kegiatan IKMAL seperti Tuan Burhan Sidek,
Dr Umar Osman, DP Roszalan Hisham, Dato Gumuri dan ahli-ahli lain yang
bersangkutan demi memastikan IKMAL dapat beroperasi dan menyumbang untuk
kepentingan para ahlinya.
Di antara aktiviti yang turut diikut serta IKMAL ialah acara tahunan
Istana Selinduang Bulan di Pagaruyuang, Sumatera Barat di samping menyertai
Seminar Internasional di peringkat Universiti dan badan-badan budaya tempatan
dan luar negeri khususnya di Riau dan Sumatera Barat Indonesia. Di samping itu
usaha untuk membantu kebajikan para ahli yang memerlukan seperti mendapatkan
tempat di institusi pengajian tinggi untuk anak-anak ahli yang berkelayakan dan
mendapatkan kerja-kerja tertentu dapat diteruskan oleh AJK IKMAL sesuai
kemampuannya yang terbatas. Ini akan dilaporkan secara terperinci dalam laporan
tahunan IKMAL yang akan disampaikan oleh Setiausaha Agung.
Berkaitan dengan Projek Uma Godang, Dato’ Presiden mengeluhkan
kekecewaannya kerana kegagalannya untuk dimulakan sesuai dengan apa yang telah
dirancangankan. Kegagalan ini mencemar nama baik dan maruah IKMAL dan beliau
secara peribadi kerana IKMAL tidak dapat mengkotakan apa yang dijanjikan
padahal Rajo Duobalai yang dengan rela menawarkan tanahnya sendiri untuk projek
tersebut. Ini ditanggapi secara sinis oleh mereka yang berkaitan. DS Dr Ir
Yahya Omar, Timbalan Presiden yang diberi amanah memimpin jawatankuasa untuk
merealisasikan projek tersebut, oleh kerana sebab yang tidak diketahui, gagal
hadir pada hari upacara pecah tanahnya 7 Disember 2016, padahal beliau telah
mengesahkan akan hadir sekaligus dengan wang hasil sumbangan koin emas Tuan
Burhan Sidek, AJK Lantik yang telah dicairkannya sendiri. Dato’ Presiden meminta para hadiran mesyuarat
agung untuk mengesahkan keputusan pembubaraan Jawatankuasa Projek Uma Godang
tersebut yang dibuat oleh Mesyuarat AJK yang diadakan di D’Anjung Tasik Biru
Kuang pada 15 Januari 2017 dan pada 12
Mac 2017 di Bayan Tree, Pavillion, Kuala Lumpur dan menyerahkan projek tersebut
kepada Koperasi Ikatan Kampar. Beliau berharap Timbalan Presiden dapat menebus
kembali maruah IKMAL yang telah tercalar itu dengan menyerahkan wang sumbangan
tersebut segera terus kepadanya untuk tindakan selanjutnya.
Kos anggaran secara ringkas untuk tahap pertama permulaaan adalah
dianggarkan sebanyak RM30K. Kutipan yang pasti adalah RM10K dan wang emas
sebanyak RM8K. Jumlah total buat masa sekarang adalah RM18K. Ahli Tuan Burhan
bersetuju untuk menyumbang dan akan diserahkan kepada presiden secepat mungkin.
Tarikh baru untuk pelancaran asas akan ditetapkan pada bulan April 2017. Dato’
Presiden memberitahu bahawa kontraktor projek tersebut sebagai sumbanganya
pula, beliau tidak akan mengenakan bayaran kecuali pembayaran harga
barang-barang keperluan rumah seperti kayu, simen, besi, batu, pasir dan
sebagainya serta upah beberapa orang tukang.
Seterusnya, Dato’ Presiden juga mahukan semua ahli untuk aktif dan turut
serta menyertai kegiatan IKMAL seperti perjumpaan, seminar, konferens dan
sebagainya. Dijangkakan Raya besamo Aidil Fitri akan diadakan di Parit Perak. Beliau
juga mencadangkan agar satu lagi Program Pulang Basamo diadakan pada
pertengahan bulan Syawal mendatang. Ini
akan dibincangkan oleh AJK baru yang akan dipilih sebagai penyelaras aktiviti
tersebut.
Mengakhiri ucapannya, Dato’ Presiden mengajak mesyuarat bersama-sama
membaca Surah Ummul Kitab untuk disedekahkan kepada Allahyarham Datuk Osman
Kasap (Mentakab), mantan Timbalan Presiden IKMAL yang pertama sekaligus salah
seorang pelopor IKMAL pada tahun 2005 yang kembali kerahmatullah pada bulan
Disember 2016 yang lalu. Di samping itu turut telah meninggalkan kita dalam
tahun 2016 dan awal 2017 yang lalu ialah ahli-ahli senior IKMAL yang lain iaitu
Sdr Shamsuddin Acha (Mentakab), Haji Nashruddin Yusoff (Temerloh), Md Tahir Hj
Daru (Mentakab), Allahyarhamah Maria Abd Halim (Tg Malim) dan lain-lain. Alfatihah
untuk mereka tersebut.
2.
MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2015
Pengesahan minit Mesyuarat Agung 2015 telah dicadangkan oleh Dr. Mokhtar Zain
(M 0676-14) dan disokong oleh Khairul Anuar Khamis (KA 0672-10).
Keputusan: Disahkan sebulat suara.
3.
PERKARA BERBANGKIT
3.1. Yuran Tertunggak. Sesuai saran Dato’ Gumuri Hussin (ASHG
0019 -10) di mesyuarat agung yang lalu supaya AJK membuat kajian berkaitan
pembatalan keahlian ahli yang yuran tertunggak lebih tiga tahun mengikut
Perlembagaan IKMAL, keputusan AJK adalah untuk melanjutkannya kepada 10 tahun.
Perlembagaan IKMAL perlu dipinda sewajarnya.
Keputusan: Dipersetujui dengan
sebulat suara dan Perlembagaan dipinda sewajarnya.
3.2. Penyampaian Maklumat. Berlanjutan perkara di atas, Dato’
Gumuri pada AGM yang lepas di mana hanya 15% dari jumlah ahli membayar yuran
tahunan. Yuran tertunggak amat tinggi dan trend ini setiap tahun makin
bertambah. Presiden memaklumkan bahawa yuran tahunan adalah RM10 dan kos untuk
mengutip melebihi RM2 melalui pos dan fotostat tuntutan dan sebagainya.
Sekiranya surat dikembalikan untuk mengepos kembali juga memerlukan kos. Disebabkan kos melalui surat memerlukan kos
yang tinggi, justeru AJK mencadangkan kutipan dihebahkan melaui Whats App, Facebook,
Email dan semasa ahli datang menghadiri AGM.
Keputusan: Dipersetujui dengan sebulat
suara.
.
4.
MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 2016
Setiausaha Agung telah membentangkaan Laporan Tahunan 2016 seperti di
Lampiran 2. Laporan telah dibahaskan dan diluluskan sebulat suara dari ahli
IKMAL yang hadir dengan dicadang oleh Nasmalehan Ismail (ASHN 0662–10) dan
disokong oleh Rudiamri Kamparputra Amir (ASHRK 0003 – 14).
Keputusan: Laporan diterima dan disahkan
sebulat suara
5. Menerima dan mengesahkan penyata kewangan 2016
Bendahari Agung meyampaikan Penyata Kewangan bagi tahun 2016 seperti di
Lampiran 3. Beliau memaklumkan yuran tertunggak pada tahun 2015 adalah RM 22,656.00.
Untuk tahun 2016 yuran tertunggak adalah RM 28,854.00. Ada beberapa cadangan
untuk mengatasi masalah yuran tertunggak iaitu samada dengan cara ‘write-off’
ataupun membatalkan keahlian yang tidak membayar yuran. Ada ahli-ahli yang
tidak dapat dihubungi dan nombor telefon bimbit juga telah berubah untuk
dihubungi. Surat jemputan mesyuarat AGM juga dikembalikan kepada seketariat
kerana ahli telah berpindah. Jumlah sebanyak RM 8,150.00 yang disentuh sebagai
‘debtor’ orang yang berhutang ialah merupakan jumlah jualan koin emas sumbangan
Tuan Burhan Sidek (ASHB 0398–10) yang dilakukan oleh DS Yahaya Omar, Timbalan
Presiden. Sdr Khairul Anuar Khamis (KA 0672-10) mencadangkan agar penyata
kewangan tersebut diterima dan DS Yahya Omar, Timbalan Presiden menyerahkan
wang sebayak RM 8150.00 tersebut kepada IKMAL dengan segera. Cadangan tersebut
disokong oleh Othman Mohammad Yatim (O 0678-14).
Keputusan: Meyuarat sebulat suara
meluluskan cadangan yang dibuat.
6.
MEMBAHASKAN USUL
Usul-usul berikut dikemukakan
oleh Sekretariat IKMAL:
6.1.
Projek Uma Godang. Mesyuarat diminta untuk mengesahkan segala keputusan
Mesyuarat AJK pada 15 Januari 2017 dan 12 Mac 2017 membubarkan Jawatankuasa
Projek sebelumnya dan menyerahkan pelaksanaan projek tersebut kepada Koperasi
Ikatan Kampar Zon Tengah Berhad dan segala perkara berkaitannya termasuk wang
koin emas yang dipegang oleh DS Dr Ir Yahya Omar, Timbalan Presiden untuk
diserahkan langsung kepada Dato’ Presiden.
Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan
usul tersebut.
6.2.
Undang-Undang/Perlembagaan IKMAL. Sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan, IKMAL
dikehendaki mendapat kelulusan semula mesyuarat agung kali ini
keputusan-keputusan mesyuarat-mesyuarat agung semenjak tahun 2012 sampai 2015
berkaitan perkara dengan sebarang tambahan termasuk keputusan hari ini
berkaitan dengan pembatalan keahlian ahli-ahli yang tertunggak.
Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan usul
tersebut.
7.
PEMILIHAN AJK.
Pemilihan AJK pada kali ini adalah Jawatan Presiden, Bendahari Agung,
Penolong Setiausaha Agung, 2 orang AJK dan 1 orang Auditor. Keputusan pemilihan
adalah seperti berikut:
7.1. Presiden.
Mej Jen (B) Dato Amir Baharudin (ASHA 0001-14) sebanyak 31 undi
DP Awaluddin Ramlee sebanyak 2 undi
Dato Seri Yahya sebanyak 2 undi
Keputusan: Mesyuarat mengesahkan Presiden
yang dipilih ialah Mej Jen (B) Dato Amir Baharudin (ASHA 0001-14). Dato’ Amir menolak pemilihan beliau namun
akan bersetuju jika wang RM 8,150 yang dipegang DS Dr Yahaya Omar diserahkan
kepada IKMAL dengan serta merta dan kekurangan RM 10K projek Uma Godang
dipenuhi.
Tuan Burhan Sidek (ASHB 0398-10) menyahut cabaran tersebut dan DS Yahya
juga mengangguk persetujuannya. Dato’ Amir seterusnya menerima pencalonan
beliau.
7.2.
Bendahari Agung.
DP Hj Abdul Mois Bin Hashim (ASHAM 0085-02) sebanyak 31 undi
DP Awaluddin Ramlee sebanyak 2 undi
AP Dr Tajul sebanyak 1 undi
Keputusan: Mesyuarat mengesahkan Bendahari
Agung yang dipilih ialah DP Hj Abdul Mois Bin Hashim
7.3.
Penolong Setiausaha Agung
DP AP Dr Khairul Parman Zakaria (ASHKP 0674-10) sebanyak
32 undi
Tuan Nurni sebanyak 1 undi
Puan Khairun nisak sebanyak 1 undi
Keputusan: Mesyuarat mengesahkan PSUA yang
dipilih ialah DP AP Dr Khairul Parman Zakaria
7.4.
Ahli Jawatankuasa 4 (Ekonomi).
DP Roszalanhisham Rosdi (ASHR 0375-06) sebanyak 31 Undi tanpa pencalonan lain.
Keputusan: Mesyuarat Mesyuarat mengesahkan AJK
4 (Ekonomi) yang dipilih ialah DP Roszalanhisham Rosdi
7.5.
Ahli Jawatankuasa 5 (Kebajikan).
Pn Khairun Nisak Hashim (ASHRKN 0496-10) sebanyak 32
undi
DP AP Dr Khairul Parman Zakaria sebanyak 1 undi
DP Hj Abdul Mois Bin Hashim (ASHAM 0085-02) sebanyak
1 undi
Keputusan: Mesyuarat mengesahkan AJK 5
(Kebajikan) yang dipilih ialah Pn Khairun Nisak Hashim
7.6.
Auditor 1.
Cadangan untuk melantik Auditor 1 kepada Dr Rashid Ismail terpaksa
ditolak kerana mengikut undang-undang IKMAL, penyandang tidak dibenarkan
memegang melebihi 2 kali Mesyuarat Agung.Tuan Burhan Sidek (ASHB 0398-10) mencadangkan Dr Mokhtar Zin (M 0676-14) dilantik
sebagai auditor 1 dan disokong oleh saudara Abdul Khalil (ASHAK 0007-14) dan
disokong sebulat suara oleh kesemua ahli yang hadir.
Keputusan: Dr Hj Mokhtar Md Zin dipilih
sebagai Auditor 1.
7.7.
AJK Lantikan. Presiden yang dipilih semula melantik mereka berikut:
1. Tuan Haji
Ismail Jidin
2. Tuan Burhan
Sidek
3. Dr Rushdi
Abdullah
4. Datin
Gusmiati Khatib
5. Dikosongkan
Keputusan: Senarai Ahli Jawatan Kuasa untuk
sesi 2017/2018 adalah seperti berikut.
1. Presiden - Mej Jen (B) Dato’ Amir Baharudin (WPKL)
2. Timbalan Presiden - DS Dr. ir Yahya Omar (Selangor)
3. Setiausaha Agung - DP Awalludin Ramlee (WPKL)
4. Pen Setiausaha Agung - DP Dr
Khairul Parman Zakaria (Selangor)
5. Bendahari Agung - DP Hj Abdul Mois Hashi (WPKL)
6. AJK I (Keahlian) - Dr Rushdi Abdullah (Selangor)
7. AJK III (Sos Bud) - Dr Khairul Saari (Selangor)
8. AJK II (SDM) - Dr Omar Othman
(WPKL)
9. AJK IV (Ekonomi) - DP Rozalanhisham Rosdi (Pahang)
10. AJK V (Kebajikan) - Pn Khairun Nisak Hashim (Selangor)
11. AJK Umum - Siti Masrah Hakim (Negri Sembilan)
12. AJK Umum - Tuan Borhan Sidek (Selangor)
13. AJK Umum - A
Bakar Kasim (Terengganu)
14. AJK Umum - Firdaus Mohamad Din (Sabah)
15. Auditor 1 - Dr Mokhtar Md Zin (WPKL)
16. Auditor 2 - Dr Tajul Aris Ahmad (Selangor)
8.
LAIN-LAIN HAL
Demi mengembalikan maruah IKMAL dan Presidennya yang tercalar seperti
dibincang sebelumnya, Pn Warnida Hamzah (W 0704-11) dan disokong oleh Pn Nasmalihan Ismail (ASHN 0662-10) ingin mempertegas keputusan
penyerahan Projek Rumah Godang kepada
koperasi IKMAL dan DS Yahya Omar, Timb
Presiden segera memulangkan wang hasil jualan koin emas sumbangan Tn Burhan
Sidek kepada Dato’ Presiden untuk projek tersebut. Ini mendapat sokongan penuh
para ahli yang hadir.
Saudara Burhan Sidek telah bersetuju untuk menyumbang tambahan sebanyak
RM10,000-00 untuk menjayakan projek rumah godang di Muara Takus.
Cadangan untuk memgadakan insuran kelompok dicadangkan oleh Dr Hj Mokhtar
dengan sebulat suara dan akan dibincangkan pada mesyuarat AJK yang dilantik
kelak.
9.
UCAPAN PENGULUNGAN
Dato’ Presiden memaklumkan bahawa lantikan semula dengan syarat yang
perlu dipandang serius oleh ahli-ahli. Dato Presiden mahukan agar projek rumah
godang tersebut di realisasikan kerana telah beberapa kali tertangguh. Ini akan
mencemarkan nama baik IKMAL dan presiden khususnya. Dato Presiden mmemohon agar
ahli-ahli yang berjanji (pledge) untuk menbantu dan menderma sumbangan wang
ringgit agar menepati janji. Kerjasama dan sokongan dari kesemua ahli persatuan
diperlukan untuk menjayakan segala aktiviti IKMAL. Beliau mencabar Timbalan
Presiden untuk mengotakan janji-janjinya dan memperbaiki imej dan maruah yang
telah tercalar akibat kemelut ‘gold coin’ tersebut.
Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli yang dilantik semula dan selamat datang
kepada ahli-ahli AJK yang baru yang dilantik. Dato’ Presiden juga mengucapkan
terima kasih atas sumbangan ahli-ahli AJK yang terdahulu yang bersama-sama
menjalankan aktiviti dan meminta untuk menyokong dan membantu IKMAL walaupun
tidak lagi didalam AJK.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3:45 petang.
(DP Dr Khairul Paarman
Zakaria) Mej Jen Dato’ Amir Baharudin (Bersara)
Lampiran 1
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT AGUNG 2016
No
|
Nama
|
No Ahli
|
1
|
Mejar Jeneral
(B) Dato’ Amir Baharudin
|
ASHA
0001-14
|
2
|
Dato Seri Dr.
Ir Yahya Omar
|
ASHY
0386-10
|
3
|
Dato' Paduka
Awalludin Ramlee
|
ASHA
0446-14
|
4
|
Dato' Paduka
Abdul Mois Hashim
|
ASHAM
0085-14
|
5
|
Dato PadukaDr
Khairul Parman Zakaria
|
ASHKP
0674-10
|
6
|
Dr Omar
Othman
|
ASHO
0068-14
|
7
|
Pn Khairun Nisak Hashim
|
ASHKN
0496-10
|
8
|
Tuan Ismail Jidin
|
ASHI
0012-14
|
9
|
Burhan Sidek
|
ASHB
0398-10
|
10
|
Dr Tajul Aris Ahmad Bustami
|
ASHTA
0696-10
|
11
|
Datin
Gusmiati Khatib
|
ASHG
0002-14
|
12
|
Rudiamri
Kamparputra Amir
|
ASHR
0003-14
|
13
|
Abd Khalil bin
Wahab
|
ASHAK 0007-14
|
14
|
Zaid bin Awalludin
|
ASHZ
0669-14
|
15
|
Ehsan bin Mohd
Isa
|
ASHE
0717-14
|
16
|
Hendri Zan
Dahrus
|
ASHHZ
0721-14
|
17
|
Dato’ Seri
Ali Sodikin Samah
|
ASHAS
0686-10
|
18
|
Sidek bin
Jaafar
|
ASHS
0072-10
|
19
|
Nasmalehan
binti Ismail
|
ASHN
0662-10
|
20
|
Rusdi bin
Abdullah
|
ASHR
0456-10
|
21
|
Bahrul Razi
Abd Hani
|
ASHBR
0720-10
|
22
|
Siti Masrah @ Zaiton Hakim
|
SM 0703-05
|
23
|
Mohammad Desa
|
M 0630-08
|
24
|
Siapin bin Samsu
|
S0241-08
|
25
|
Ahmad Terahim
|
A 0263-10
|
26
|
Khairil
Annuar Khamis
|
KA 0672-10
|
27
|
Makmur
Senggong
|
M 0262-10
|
28
|
Numiaah binti
Taharim
|
N 0703-10
|
29
|
Rahimah binti
Ngah
|
R 0148-10
|
30
|
Sulaiman
Muhamad
|
S 0248K -10
|
31
|
Mazlina
Mansor
|
M 0705-10
|
32
|
Muhamad Yunan
Jalaludin
|
MY 0706-10
|
33
|
Kamarol Zaman
Abd Aziz
|
KZ 0708-10
|
34
|
Aniza binti
Yaacob
|
A 0709-10
|
35
|
Darwir bin
Kamil
|
D 0710-10
|
36
|
Siti Halijah
Yusof
|
SH 0711-10
|
37
|
Raemah binti
Azin
|
R 0712-10
|
38
|
Ismail bin Hj
Wahab
|
I 0713-10
|
39
|
Shan Iran
Ismail
|
SI 0714-10
|
40
|
Al Mahadi
Yasir Ismal
|
AMY 0715-10
|
41
|
Rahmad
Kurniawan
|
RK 0172K-10
|
42
|
Luqman Nul
Hakim Mohd Zain
|
LNH 0722-10
|
43
|
Mizar bin
Harun
|
M 0723-10
|
44
|
Nuraidah
Tanjali/Kasmir
|
N/K0608-10
|
45
|
Fairul Azli
bin Hamzah
|
FA 0663-11
|
46
|
Warnidah
binti Hamzah
|
W 0704-11
|
47
|
Asmar bin
Hassan
|
A 0494-14
|
48
|
Azmi bin
Muhamad
|
A 0464-14
|
49
|
Dr Mokhtar
Mohd Zain
|
M 0676-14
|
50
|
Othman Mohd
Yatim
|
O 0678-14
|
51
|
Inra Supardi
Nurdin
|
I/S 0050-14
|
52
|
Aslinar Mohd
Nasir
|
A
0690-14
|
53
|
Megawanis
Mohd Nasir
|
M 0691-14
|
54
|
Mekahinda
Mohd Nasir
|
M 0692-14
|
55
|
Hamidah binti Siapin
|
H 0707-14
|
Lampiran 2
LAPORAN TAHUNAN 2016
Lampiran
3
PENYATA KEWANGAN 2016
Lampiran
4
UNDANG-UNDANG
PERTUBUHAN
Ulasan
Catat Ulasan