LAPORAN TAHUNAN BAGI 2017
LAPORAN
TAHUNAN BAGI 2017
1.
UMUM
1.1.
Tahun 2017 merupakan tahun yang penuh cabaran
kerana kewangan IKMAL mengering akaibat puluhan ribu ringgit yuran ahli yang
tertunggak sejak tahun 2010. Dukacita dimaklumkan, di sepanjang tahun 2017
hanya 13 (tiga belas) orang ahli sahaja yang membayar yuran dan 2(dua) orang
ahli menaiktaraf keahliannya menjadi Ahli Seumur Hidup. Namun, untuk menentukan
supaya IKMAL tetap relevan, kegiatan-kegiatan tetap dirancang dan dilaksanakan
sesuai kemampuan dari sumbangan AJK-AJK tertentu,
2.
MESYUARAT
AGUNG
2.1.
Mesyuarat Agung Tahunan bagi 2016 diadakan pada
26 Mac 2017 di D’Ajung Tasik Biru,
Kundang, Kuang, Selangor. Ianya dihadiri oleh seramai 76 orang ahli.
Perkara pokok yang dibahaskan semasa mesyuarat tersebut iaitu tentang rancangan
jangka panjang mendirikan Rumah Godang di Muara Takus Kampar dan di Semenanjung
sebagai satu usaha untuk menjana kewangan bagi kegiatan IKMAL berkerjasama
dengan Koperasi Ikatan Kampar Zon Tengah. Semasa mesyuarat kali ini, barisan
Ahli Jawatankuasa berikut dipilih dengan sebulat suara tanpa tandingan:
·
Presiden - Mej
Jen Dato’ Amir Baharudin (B)
·
Bendahari Agung - Dato’
Paduka Mois Hashim .
·
AJK 4 (Ekonomi) - Dato’
Paduka Roszalanhisham Rosdi
·
AJK 5 (Kebajikan)) - Puan Khairunisak Hashim
·
Pengodit 1 - Dr Hj Mokhtar Mohd Zain
3.
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
3.1.
Sebanyak 4 mesyuarat ahli jawatankuasa diadakan
di sepanjang tahun 2017, rata-rata satu mesyuarat bagi tiap 3 bulan.:
·
Presiden - Mej Jen Dato’ Dr Amir Baharudin
(B) - 4/4
·
Timb Pres - Dato’ Seri Dr Ir Yahya Omar - 0/4
·
Setiausaha Agung - Dt Paduka Awalludin Ramlee - 3/4
·
Timb SUA - Dt Paduka Dr Ir Khairul Parman - 3/4
·
Bendahari Agung - Dt Paduka Abdul Mois Hashim - 1/4
·
AJK 1(Ahli) - En Nurni Abdullah - 0/4
·
AJK 2(SosBud) - Dr Kharulfazi Hj Saari - 0/4
·
AJK 3(SDM) - Dr Omar Othhman - 2/4
·
AJK 4(Ekonomi) - Dt Paduka Rozalanhisham Rosdi - 2/4
·
AJK 5(Kebajikan) - Khairun Nishak Hashim - 3/4
·
AJK Lantik 1 - Hj Ismail Jidin - 4/4
·
AJK Lantik 1 - En Borhan Sidek - 3/4
·
AJK Lantik 2 -
Hj A. Bakar Yaakob - 0/5
·
AJK Lantik 3 - En. Firdaus Md Din - 0/5
·
AJK Lantik 4 - Datin
Gusmiati Khatib - 3/4
4.
LAPORAN
PROGRAM DAN AKTIVITI.
4.1.
Rutin
Tahunan.
4.1.1. Buko Basamo. Oleh kerana kekurangan dana tidak diadakan
kali ini. Ia meeupakan satu sejarah mendukacitakan
4.1.2. Ayo Basamo.
Pada 15 Julai 2017, di Bandar Parit, Perak. Turut serta Markas 2 Briged
Tentera Darat, Ipoh membuat pameran static persenjataan tentera darat,
pemeriksaan kesihatan dan gigi pecuma. Turut diadakan acara tradisional Kampar
memajat batang pinang. Pejabat Perdana Menteri menerusi Dato’ Akmar Hisham (ASHAH 0451-10) dan Dato’
Paduka Roszalanhisham (AJK Ekon) adaalah penyumbang besar menjayakan acara ini..
Sumbangan juga diterima dari dan Markas 2 Briged Tentera Darat Malaysia.
4.2. Keahlian.
4.2.1. Jumlah Keseluruhan. Bagi tahun 2017 seramai tujuh belas orang
menjadi ahli iaitu tujuh orang menjadi Ahli Seumur Hidup dan sepuluh orang Ahli
Biasa, iaitu 3 WPKL, 9 Selangor, 2 Perak dan 3 Pahang. Pecahan ahli mengikut
negeri adalah seperti berikut:
·
WPKL - 172 orang (ASH 25, Biasa 99 , Kehormat 46 (2
ASH)
·
Selangor - 271 orang (ASH 40, Biasa
197, Kehormat 34)
·
Perak - 146 orang (ASH 16,Biasa 113,
Kehormat 17)
·
Pahang - 369 orang (ASH 20, Biasa 205, Kehormat 144)
·
Kedah -
33 orang (ASH 5, Biasa 28,
Kehormat - )
·
Negeri Sembilan - 10 orang (ASH - , Biasa
9, Kehormat 1)
·
Melaka - 4 orang (ASH - , Biasa
4, Kehormat - )
·
Johor -
3 orang (ASH - , Biasa
3, Kehormat - )
·
Terengganu -
9 orang (ASH 1, Biasa
6, Kehormat - 2 (2ASH)
·
Sabah/WPL - 2 orang (ASH 1, Biasa
1, Kehormat - )
1019 orang (ASH108,
Biasa 665, Kehormat 242+4 ASH)
4.2.2. Yuran
Tertunggak. Dari jumlah keahlian
tersebut di atas, mereka yang yurannya mutakhir adalah amat kecil sekali iaitu
hanya 67 orang termasuk ahli baru sekitar 7.38% sahaja. Jumlah ini sangat
memdukacitakan. Peringatan diberitahu kepada semua ahli setiap tahun menerusi
surat pemberitahuan mesyuarat agung. Ahli Biasa Tertunggak lebih dari 3 tahun
jumlahnya tidak banyak berubah sejak tahun 2014 seperti berikut. Mengikut Fasal 6 (4), Ahli Biasa yang
gagal membayar yurannya lebih dari 3 tahun, keahliannya secara otomatis
digantung. Namun, Ahli Jawatankuasa masih memberi peluang kepada mereka yang
berkenaan untuk melunasi yuran tertunggak masing-masing. Jumlah angkanya adalah
seperti berikut.
·
WPKL - 12/148 orang.
·
Selangor -
20/231 orang.
·
Perak - 25/109 orang.
·
Pahang -
5/364 orang.
·
Kedah - 1/33 orang.
·
Negeri Sembilan 1/9
orang.
·
Melaka - 0/4 orang.
·
Johor - 0/3 orang.
·
Terengganu 2/6 orang.
·
Pulau Pinang 0/0 orang.
·
Sabah/WPL 1/1 orang.
Jumlah
67/908 orang = 7.38%
4.2.3. Recruitment
Drive. Sepanjang tahun 2017 yang
lalu, Dato’ Presiden dalam usaha untuk menambah keahlian ke sasaran 1000 orang
sebelum mesyuarat agung bulan Mac 2018 ini, mengadakan safari sekaligus
kunjungan siraturrahmi ke pemukiman orang Kampar di Pahang,Selangor dan Perak
berhasil mencapai angka melebihi sasaran iaitu seramai 1019 orang bertambah 84
orang dari tahun sebelumnya.
4.3.
Sosio
- Budaya.
4.3.1. Pada 04 April Pra-Kongres Pembudayaan Tamadun Tinggi anjuran YIRMI di
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 2017. IKMAL diwakili oleh DP
Awalludin SUA
4.3.2. Pada 15 April 2017. Kongres Budaya Nasional di UKM
Bangi diresmikan oleh Perdana Menteri dihadiri 3,000 delegasi termasuk IKMAL.
DP Awalludin SUA mewakili IKMAL
4.4 Sumber Daya Manusia.
4.4.1. Pada 23 Januari 2017 IKMAL menerima lawatan rombongan 35 orang guru-guru Himpunan Pendidik Anak Usia Dinia (HIMPAUDI) Bangkinang pimpinan bapak Bustami ka TADIKA MONTESSORI,dan SK Sri Damansara, Kuala Lumpur . Rombongan tersebut diraikan dengan makan malam di Puding D’Raja, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
4.4.2. Sekretariat IKMAL membuat pengumuman dan
menawar bantuan yang sewajarnya apabila ada sebarang tawaran biasiswa,
kemasukan ke IPTA, Jabatant Kerajaan dan ATM dan lowongan kerja di dalam
Jabatan-jabatan Kerajaan.
4.5. Ekonomi.
4.5.1. Pada 26 April 2017. Dato’ Presiden bersama
Dato’ Paduka Roszalanhisham mengikuti kegiatan pengukuran Uma Lontiok di Muara
Takus.
4.5.2. Pada 31 Disember 2017. Laporan diterima bahawa Fasa I Uma Godang Muara Takus hampir 95% siap.
4.6. Kebajikan.
4.6.1. Pada 5 Ogos 2017, AJK Sabah Firdaus Mat
Din (ASHF 0359-12) kembali ke Rahmatullah
4.6.2. Pada 16 Nobember 2017, Rajo Dubalai Ramli,
Pucuk Andiko 44 Kampar kembali kerahmatullah dan dikebumikan sebelah Uma
Lontiok Fasa I, Muara Takus kerana peyakit tua. Allhyarham berusia 101 tahun.
Dato’ Presiden menghadiri tahlil dan baca Yassin pada malamnya dan menyumng RM 1,000
bagi pihak IKMAL.
5. Penutup.
5.1. Kegagalan para ahli melunasi yuran mereka yang tertunggak lebih dari 3 tahun merupakan faktor utama yang melambankan aktiviti IKMAL. Perlu disedari bahwa IKMAL seperti NGO yang lain, berfungsi dengan kewangan yang diperoleh dari yuran-yuran para ahlinya dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sumbangan pihak-pihak tertentu. Setiap kali kegiatan resmi IKMAL diadakan beberapa AJK mengeluarkan wang sendiri untuk membantu membiaya kegiatan-kegiatan tersebut. Bagi memenuhi undangan resmi dari pertubuhan dan instansi di luar negara yang diikuti oleh Dato’ Presiden dan AJK-AJK, segala biaya ditanggung oleh mereka masing-masing. Seandainya keadan ini berterusan adalah dikhuatiri IKMAL tidak dapat melaksanakan apa jua kegiatan yang bermakna di tahun hadapan dan di tahun-tahun berikutnya.nanti.
Ulasan
Catat Ulasan