Minanga Kamvar - Andiko 44 Tamadun Melayu Tua

Minanga Kamvar - Andiko 44 Tamadun Melayu Tua

IKMAL julung kali nya telah berjaya menganjurkan Luncheon Talk IKMAL di Puding Diraja Istana Budaya pada 18hb November 2017 lepas.

Majlis  santai berupa ilmiah dan beramah mesra ini di buka dengan setiausaha agung IKMAL DP Awalludin Ramlee mengalu alukan kedatangan warga Kampar yang ahli dan yang bukan ahli. Ada yang datang dari Perak, Pahang dan Johor untuk majlis kali ini.

Beliau menekankan dengan majlis seumpama juga dapat menarik ahli ahli baru kedalam IKMAL. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir serta kepada Prez yang bersusah payah kembali dari Kampar secara bergegas gegas satelah beliau pulang untuk acara pengebumian almarhum niniek datouk rajo Dubalai Ramlai yang mangkat pada Khamis 16hb Nov 2017.

Beliau menekankan program seumapaya adalah usaha ikmal untuk meningkatkan jatidiri warga Melayu Kampar di Malaysia.

Pembentang kertas adalah Presiden IKMAL sendiri Dato Amir Guntur yang menyampaikan latar belakang tajuk dan kenapa masyarakat perlu ada kefahaman tentang nya.

Beliau telah memulakan dengan penerangan tentang apa yang di maksudkan dengan Minanga Kamvar dan andiko 44.
Beliau kemudiankan membawa ka zaman pra sejarah, tentang teori teori sundaland yang membawa yang tamadun Melayu ini memang sudah tua.

Beliau juga menyingkap tentang catatan catatan I-Tsing tentang Melayu dan Sriwijaya, tentang Prasasti Kedukan Bukit serta perjalanan Dapunta Hyang dengan Bala Tentera nya.
Beliau membawa pendengar kedala Chandi Muara Takus, tentang Kemangkatan Niniek Dato Rajo Dubalai Ramli yang mangkat baru baru ini dan menceritakan tentang SOKO PISOKO dan LIMBAGO serta apa ertinya semua itu kepada pendengar.


Dato juga menjelaskan tentang sejarah orang Kampar ka Malaysia dari kesultanan Melaka, Kesultanan Perak dan Johor serta gelombang gelombang kedatangan yang kemudian di sebabkan Push and Pull factor kenapa ramai datang ke Malaysia dan di mana penempatan penempatan warga Kampar di Malaysia.

Beliau mengakhiri dengan memberitahu dan mengajak agar kesedaran ini di sampaikan kepada generasi muda yang hari demi hari bertambar jauh dengan leluhur serta mengajak mereka mendekati dengan menyertai program program ikmal saperti Pulang Besamo, Berolek Godang dan lain lain.

Selanjutnya ada sessi soal jawab.

Majlis di akhiri dengan makan tengahhari serta bergambar beramai ramai. Lebih 40 orang warga Kampar mengikuti program kali ini. Semoga program seumpama dapat di anjurkan dari masa ke semasa.
































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH & DIARI PERSATUAN MASYARAKAT KAMPAR MALAYSIA (IKMAL)

Ringkasan Ringkas tentang Asal-Usul dan Migrasi Orang Kampar ke Pahang.

Kesenian Calempong