Kampo Kedekut
Semasa kecil dahulu, terdapat seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Paya Dalam. Kami semua kenal dia sebagai Dayang. Dayang ini bukanlah seperti wanita biasa, tetapi seorang yang agak aneh. Tubuhnya besar tegap, kulitnya seperti kulit pohon tua yang gersang - berkedut dan telah lama terdedah kepada panas matahari. Walaupun sakit-sakitan, namun semangat Dayang begitu kuat. Bukan itu sahaja, penampilannya juga cukup mencuri perhatian. Dia kerap kali dilihat dengan bunga raya yang dilekatkan di celah telinganya. Warna merah bunga raya itu begitu menyerlah di tengah-tengah rambut putihnya yang lurus dan panjang. Selain itu, bibirnya juga sentiasa dilukis dengan gincu merah tebal. Begitu juga pipi nya. Kurang siuman mungkin, tetapi tidak di pinggirkan oleh masyarakat. Desakan kesantunan kampung mengajarkan kami semua untuk menghargai dan menghormati Dayang. Walaupun takut, kami tidak pernah berani menjauhkan diri daripada dia. Kami melayan boraknya, kami mendengar ceritanya. Kadan...